Pengharaman memakai beberapa jenis tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia ???

Assallamualaikum dan salam sejahtera semua...

Baru-baru ini BN menang besar dalam pilihanraya Tenang di Johor. Sehari selepas itu minyak Ron97 naik lagi dan lagi... Kali ini, sekali lagi kita dikejutkan dengan isu terbaru iaitu Isu pengharaman pemakaian tudung di IPTA Dan IPTS di Malaysia .

Ahli ahli parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian beberapa jenis tudung bagi pelajar wanita di ipta dan ipts di Malaysia ini berikutan dengan faktor faktor Kesihatan .

Mai sini klik-klik...





Ini kerana pelajar pelajar wanita yang memakai tudung jenis ini didapati kurang mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci pemakaian tudung jenis ini.

Mereka berkata tudung jenis ini akan menyebabkan peredaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung.

Ini kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia. Bagi pihak universiti Islam antarabangsa Malaysia(UIAM), Mereka hanya menunggu dan lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki kawasan universiti. Dan sekarang masih tidak mengendahkan tentang amaran pengharaman memakai tudung.

Pihak media massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah???

Pihak menteri juga sudah mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA dan IPTS Dan juga akan menghantar notis ini ke Sekolah sekolah menengah dan rendah mahupun tadika.

Pihak menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara jenis tudung yang tidak boleh dipakai di kepala ialah:-



1)TUDUNG SAJI



2)TUDUNG PERIUK



3)TUDUNG TERMOS



4)TUDUNG CAT




Dan bagi jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.

Wakakkaka.... relek2.... no tension2... ahaks~ aku dapat email nih dari sorang member aku yang memang terkenal dengan sikap kesengalan yang melampau2. Aku dapat jeh email nih terus aku google.

Tuh tak habis bace lak tuh~ har har har.... pahtu aku call dia, dengan slambe badak dia cakap kat aku...

"ko... lain kali baca email tuh sampai habis~ ape daa...."

Aku pelik jap~ aku bace sampai habis ler... sekali ~ kene aku... hahaha sekarang nak kenekan korang lak~ wahaa!

Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...