Personaliti popular menjadi ikutan masa kini

Memang tidak dinafikan, gaya yang ditampilkan personaliti popular sentiasa menjadi perhatian kerana mereka sering muncul menerusi media cetak dan elektronik.


Selain Shafnie, turut menampilkan beberapa lagi ikon dalam gaya santun ini termasuk bekas Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah yang gemar fesyen sedondon dengan baju kurungnya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula gemar tampil dengan pelbagai selendang yang cantik. Begitu juga Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang sentiasa bergaya dengan tudung pilihannya.

Pakar motivasi, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, juga tidak ketinggalan menampilkan busana keluarannya sendiri untuk muslimah. Personaliti TV3 seperti Azura Abdul Karim, Ezzah Aziz Fawzy, Norjuma Habib Mohamed, Najlah Ishak, Tengku Elida Bustamam dan Raja Mazian Raja Mohamad juga tidak kurang hebatnya dengan penampilan busana masing-masing.

Namun golongan artis yang semakin mendapat tempat dalam gaya bertudung turut memberi impak kepada fesyen tudung terkini seperti Wardina Saffiyah, Waheeda dan Bienda yang menampilkan bakat mereka selari dengan gaya santun yang menawanJika tidak, masakan orang ramai menggelarkan gaya mereka itu sebagai Tudung Wardina, Tudung Waheeda dan Tudung Bienda!


Sekarang ini Jenama Tudung dah tumbuh bagai cendawan, sekaligus memberi pulangan pada pengusaha tudung di Malaysia. Tudung telah menjadi keperluan asasi wanita muslim masa kini.

Pada post yang selanjutnya saya akan menengahkan bisnes tudung yang semakin hari semakin maju di Malaysia ini.

p/s = Kalau rajin tolong klik Nuffnang Ads di sebelah kanan. Jutaan terima kasih diucapkan :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...