Gaya tudung wanita


Penggayaan tudung wanita biasanya mengikut kesesuaian cuaca dan pengaruh sekeliling. Jika wanita Timur Tengah sering berjubah hitam dan bertudung labuh, gadis remaja di negara moden termasuk Malaysia lebih gemar kelihatan ranggi.


Warna pilihan remaja juga semakin garang yakni tidak tertumpu kepada hitam, putih atau rona gelap semata-mata. Penggunaan fabrik pula tidak terhad kepada kain kapas tetapi diperluaskan kepada polyester, sutera, rayon, sifon dan bulu bebiri.

Di Thailand dan Indonesia, wanita yang bertudung lebih tertarik menggunakan fabrik berkilauan. Gaya pemakaiannya lebih singkat dan ia dipermudahkan dengan potongan skaf yang siap dijahit. Di India pula, selendang daripada kain kapas dan sari menjadi pilihan.

Bagi wanita Arab moden yang datang dari keluarga mewah, fesyen tudung labuh serba hitam biasanya dipadankan dengan aksesori tambahan yang mahal dan berjenama. Sekalipun bukan untuk tontonan umum, mereka tetap memilih barangan berjenama kerana berkemampuan selain untuk kepuasan diri sendiri.

Mai sini klik-klik...



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...