Cara memakai selendang...


Post kali ini memang singkat sahaja... tapi tudung tak boleh singkat-singkat. Ingat tu, biar mengikut lunas-lunas Islam. Kadang-kadang memang ada saje yg tak kena bila waktu pakai tudung sebelum pergi ke kerja... warna tak kena la... salah cara pakai tudung la... tengok jam... dah lewat nak ke tempat kerja... Hari ini saya nak berikan salah satu contoh pemakaian tudung yang ringkas dan cepat.


Satu nasihat saya... kan kita diajar supaya bersedia sebelum melakukan sesuatu... so, apa salahnya cuba dulu pakai tudung pada malam sebelum hari kerja untuk mengelakkan rushing ke tempat kerja...

Semoga success !!!

Read More......

Personaliti popular menjadi ikutan masa kini

Memang tidak dinafikan, gaya yang ditampilkan personaliti popular sentiasa menjadi perhatian kerana mereka sering muncul menerusi media cetak dan elektronik.


Selain Shafnie, turut menampilkan beberapa lagi ikon dalam gaya santun ini termasuk bekas Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah yang gemar fesyen sedondon dengan baju kurungnya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula gemar tampil dengan pelbagai selendang yang cantik. Begitu juga Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman yang sentiasa bergaya dengan tudung pilihannya.

Pakar motivasi, Datuk Dr Mashitah Ibrahim, juga tidak ketinggalan menampilkan busana keluarannya sendiri untuk muslimah. Personaliti TV3 seperti Azura Abdul Karim, Ezzah Aziz Fawzy, Norjuma Habib Mohamed, Najlah Ishak, Tengku Elida Bustamam dan Raja Mazian Raja Mohamad juga tidak kurang hebatnya dengan penampilan busana masing-masing.

Namun golongan artis yang semakin mendapat tempat dalam gaya bertudung turut memberi impak kepada fesyen tudung terkini seperti Wardina Saffiyah, Waheeda dan Bienda yang menampilkan bakat mereka selari dengan gaya santun yang menawanJika tidak, masakan orang ramai menggelarkan gaya mereka itu sebagai Tudung Wardina, Tudung Waheeda dan Tudung Bienda!


Sekarang ini Jenama Tudung dah tumbuh bagai cendawan, sekaligus memberi pulangan pada pengusaha tudung di Malaysia. Tudung telah menjadi keperluan asasi wanita muslim masa kini.

Pada post yang selanjutnya saya akan menengahkan bisnes tudung yang semakin hari semakin maju di Malaysia ini.

p/s = Kalau rajin tolong klik Nuffnang Ads di sebelah kanan. Jutaan terima kasih diucapkan :)

Read More......

Gaya tudung wanita


Penggayaan tudung wanita biasanya mengikut kesesuaian cuaca dan pengaruh sekeliling. Jika wanita Timur Tengah sering berjubah hitam dan bertudung labuh, gadis remaja di negara moden termasuk Malaysia lebih gemar kelihatan ranggi.


Warna pilihan remaja juga semakin garang yakni tidak tertumpu kepada hitam, putih atau rona gelap semata-mata. Penggunaan fabrik pula tidak terhad kepada kain kapas tetapi diperluaskan kepada polyester, sutera, rayon, sifon dan bulu bebiri.

Di Thailand dan Indonesia, wanita yang bertudung lebih tertarik menggunakan fabrik berkilauan. Gaya pemakaiannya lebih singkat dan ia dipermudahkan dengan potongan skaf yang siap dijahit. Di India pula, selendang daripada kain kapas dan sari menjadi pilihan.

Bagi wanita Arab moden yang datang dari keluarga mewah, fesyen tudung labuh serba hitam biasanya dipadankan dengan aksesori tambahan yang mahal dan berjenama. Sekalipun bukan untuk tontonan umum, mereka tetap memilih barangan berjenama kerana berkemampuan selain untuk kepuasan diri sendiri.

Mai sini klik-klik...



Read More......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...